Sunday 4 September 2016

Berjaya dalam PI

Bila kita nk berjaya dlm PI, kita mestilah ada 4 elemen penting ni..

1.Value
2.Follow
3.Sale
4.$$

1. Value
Value ni boleh dkatakan nilai korg di mata org laen. Value boleh jd mcm2. Selalunya value ni sng dikaitkan dgn Task2.

a) Perkara yg korang minat 
Contohnya, korg boleh lepak smpai 3,4 jam dgn member2 kat kedai makan..citer psl bola je..
Ada jugak yg minat citer psl artis..hahaha xkira,asalkn korg mmber menguasai bidang tu,xkira la infonya korg korek dr mana2 pun..yg pnting korg tahu.Boleh jadi jugak korg suka giler tengok cite korea..bila ada je drama korea,korg tahu dh sapa pelakon2 dia..best ke x citer korea tu,smua korg tahu.So inilah value korg.

b)Pengalaman korang
Kebanyakan org hari ni trdiri dari org yg mkn gaji. So suka atau x, dia bekerja dlm bidang tertentu, dia menguasai selok belok kerja dia. Dsbabkan pengalaman dia dlm bidang tu, org hargai pndapat dan pndangan dia dlm bidang tu. So itulah value dia.

c)Bakat/anugerah/kmahiran
Ada jugak insan2 yg bertuah..ada bkt,anugerah,kemahiran tertentu.. contoh menyanyi, melukis..so walaupun dia xla smpai tahap wakil msia ke,champion ke..tp dia mmg berbakat..dan minat

Task 2

Task 2: BENDA ATAU AKTIVITI YANG DIMINATI GILA2,(SMPAIKAN XMKN PUN XPE)

Senaraikan apa yg korg minat gila..smpaikan lupa mkn. tapi tlg senaraikan bnda/aktiviti yg ada input dan output. TIDUR bkn aktiviti yg diminati ok??sbb tidur tu xde input n output.

even tengok citer korea pun dikira..sbb inputnya korg tengok drama korea,outputnya korg kenal dgn pelakon2 korea, korg tahu plot citer yg korang tengok..dan korg fhm sket2 la bahasa korea.

Kenapa?
semua org ada minat yg berbeza..tp apa yg korg minat gila? tujuan utk fizikalkan bnda ni dlm nota, supaya:-
1.kenal diri sndiri (kdg2 apa yg korg minat pun xtahu)
2.mnat yg mendlm terhadap sesuatu akln mmbntu korg msa buat blog,buat video dan smua PI yang berkenaan..sbb bila dh minat,korg dh xheran nk kena buat bnda tu.
3.minat yg mndalam jugak boleh jd motivasi cthnya: aku minat buat model robot,tanks,helikopter..tp smua tu mnuntut masa yg lama giler..huhuhu..mslhnya dgn bisnez aku skrg..xde msa nk layan sgt bnda tu..kdg2 beli je,tp xpsg2 pun smpai ke hari ni..

Ni la minat aku

Dekat 7 jam nk siapkan..


So cernakan apa yg aku suruh buat ari ni.. 

APA YG KORG MINAT GILER?


Task 1

Task 1: MATLAMAT DAN TUJUAN UTAMA AKU NK SENANG
Tarikh: 4 September 2016

senaraikan 3 matlamat utama dlm hdup korg. matlamat ni mestilah cukup kuat,cukup hebat dan korg rasa korang MESTI BUAT DEMI MATLAMAT tu.

ciri2 matlamat:
1.bersifat peribadi, yg mberikan kesan dlm jiwa korg (xkira kesannya sedih ke,marah ke, kecewa..janji ia bersifat peribadi dan sgt2 dlm terpahat dlm jiwa korg)
2.bukan bersifat eterniti (contohnya matlamat nk dptkan syurga Allah, nk dptkan redha Allah)..
3. matlamat ni sgt2 kuat smpaikan bila korg rasa down,malas,mengalah..matlamt ni dpt naikkan ko balik
4. bukan bersifat smntara atau target yg ada penamat (contohnya,aku nk g haji..lps dh g haji, korg dh xnk buat dh)

kenapa kita mesti ada matlamat dan tujuan yg kuat? 
1.supaya bila kita malas, kita rasa xbermotivasi, rsa kecewa dgn perkembangan kita,kita kembali bersemangat bila kita rujuk balik matlamat kita yg sgt2 kuat
2.supaya kita tahu apa yg kita paling syg,paling nk..sbb kdg2 kita pun xtahu apa yg kita nk
3.supaya bila ada yg halangan dlm usaha..kita rasa kita akan smakin kuat,bkn smakin lemah

aku letakkan aku punya..supaya aku makin bersemangat
1.aku nk bila ada org mntk tlg bantuan kewangan dgn aku,aku dgn mudahnya menolong
2.aku xnk anak aku rasa jadi loser mcm mana yg aku penah tempuh dlm hdup aku.
3.aku xnk jd hamba utk kerja aku..aku nk ada byk msa utk diri sndiri, utk buat ibadat, utk spend dgn kluarga.

So cernakan apa yg aku tulis

APA MATLAMAT DAN TUJUAN KORANG? 

Task 0
Task 2 

Task 0

TASK 0: BUKU NOTA PASSIVE INCOME (PI)
TARIKH: 3 SEPTMBER 2016

SEDIAKAN SATU BUKU NOTA. (BUKAN DLM BENTUK DIGITAL,TAPI DALAM BNTUK FIZIKAL.)

kenapa?

1.kita mesti merancang (gagal merancang,merancang kegagalan)..bila kita merancang, kita dh selangkah dlm mnuju matlamat kita (DENGAN IZIN ALLAH JUA)
2.untuk fizikalkan smua yang di minda,yg terbuku (byk azam tahun baru gagal dilaksanakn sbb xdifizikalkan dlm tulisan,dalm bntuk nyata)
3.untuk kuatkan asas kita..
4.untuk pastikan di mana silap kita
5.untuk pastikan kita sentiasa mengikut laluan dalam perancangan kita
6 berdasarkan kajian saikologi, manusia cenderung utk lupa apa yg ditaip(digital) berbanding apa yg ditulis (fizikal)

p/s: cikgu aku penah pesan.."bila awak xbuat apa yg awak tulis dlm buku nota awak tu,bukak mukasurat yg berkenaan,tampar muka awak 5x laju2 dengn buku tu.."so sbb tu aku xgalakkan tulis dlm nota dlm fon..bygkan klo ko tampar muka korang dgn fon..klo tablet?klo nota korang dlm laptop?xpasal2 je masuk spital..

So cernakan apa yg aku bgtau ni..
 MULA MERANCANG UNTUK PERUBAHAN 

Bermulanya di sini..

2 September 2016

Ingat..ni tarikh keramat untuk group kita. Tarikh yg mungkin mnjadi satu permulaan yg besar dlm hidup korg..atau skdar satu tarikh je..

Tarikh ini mungkin:-
1.akan diceritakan dan dibangga2kan oleh kita satu masa nnt..
2.menjadi satu permulaan yg besar dlm hdup korang
3.mnjadi satu batu loncatan utk korg 

KALAU (dgn izin Allah)...
1.kita bersatu hati dan sama2 berusaha dan saling membantu
2.kita berikan komitmen dalam apa yg kita sdg usahakn ni
3.kita sama2 positifkan diri
4.kita sama2 tegur menegur dgn baik

Tapi boleh jadi jugak tarikh ini hanya sekdar tarikh dlm kalendar hdup korang kalau:-
1.korang sntiasa bagi alasan untuk kata 'xboleh' utk stiap bnda yg memerlukan perubahan
2.korang sntiasa bandingkan kelemahan korg berbnding org laen
3.korg rasa yg korg xperlu buat smua ni
4.korang rasa perubahan ni xpnting pun

So, ingt pesan aku dan cernakan..

POSITIFKAN DIRI 

Semua nota aku

Penipu!!!

Aku suka membaca, dapatkan ilmu dr internet..yang selalunya bukan dari bidang aku.

Masa aku tgh buat degree, mmg aku target dptkan degree, keja bagus,lpas tu simpan duit smpai kaya..
Semua plan ni mmg dh ada dlm kepala aku sejak kecik lagi..belajar pndai2, dpt keja bagus, lpas tu hdup sng..tetapi lepas aku terbaca satu buku..(aku xnk namakan tajuk buku dan nama dia..krang dia mntak royalti..hahaha) aku dpt rumuskan..

'IT IS A BEAUTIFUL LIE'

Satu penipuan yang indah supaya kita terus belajar, supaya kita kekal jadi org 'normal'.(nanti aku citer lagi psl normal dan xnormal..)

Penipuan ni dah ditanam dlm minda kita sejak kcik lagi..sapa yg pandai akademik, diberi hadiah..diberi sanjungan, pujian..jangn salah fhm..aku xkata kita xperlu belajar,kita xperlu ada degree..tp apa yg aku nk katakan..cariklah ilmu untuk BERJAYA DALAM HIDUP. (nanti aku citer lagi psl apa erti berjaya dlm hdup.)

Aku xnk melalut dlm post2 aku..cuma straight to the point..belajarla..ada banyak sgt cara utk belajar dlm dunia yg serba canggih ni..samada korg nk atau x..itu je..

1. baca buku
2. g kelas
3. join group2 yg sntiasa positif
4. carik bhn2 ilmiah kat internet

p/s: klo nk tahu psl buku2 yg aku baca..aku citer dlm ws..

Mukadimah


Aku dedikasikan blog ini utk kawan-kawan aku..
  • Aishah Taib
  • Aishah Rahman
  • Ayu
  • Faizah Nor
  • Fakharozi
  • Farah Amira
  • Ijan 

Apa-apa yang aku post dlm blog ni, bkn utk tarik perhatian,bukan nk buat duit..tp sbaliknya untuk mencapai matlamat aku. Nanti aku cerita lagi apa matlamat aku, walaupun korang dh baca dlm ws group kita..tp segala huraian dan intipati yg aku nk smpaikan,semuanya aku muntahkan dlm blog ni.

Bagi sesapa yg terbaca blog ni, bukan dari senarai kawan2 aku ni..xpe..aku halalkan apa yg korg baca. Sesapa rasa apa yg aku smpaikan dlm blog ni bermanfaat,maka sampai2kan lah..mana yang rasa salah tu,tegurlah aku..aku terima kalau sememangnya aku salah.

Aku xkan mntak apa2 drpd pembaca blog aku..sbb bg aku,dh tiba masanya aku berkongsi segala apa yg Allah beri kat aku,samada yg buruk, mahupun yg baik.

Cara pnulisan aku jgn dipertikaikan..aku just tulis ikut style aku,dan dlm kapasiti pemahaman aku. aku xsuka formal2, xsuka skema2..klo ada yg typo atau korg xfaham,jgn malu2 komen..atau tanya je dlm group.

Dengan mukadimah aku ni,aku harap kita smua akan sama-sama naik..jangan ada yg tercicir.. So, selamat mencerna segala bahan yang aku muntahkan dlm blog ni.

p/s: Prinsnip tu bukan typo.. PRINSIP+ANIP=PRINSNIP